Skip to main content
𝐏𝐈𝐍𝐊 πŽπ‚π“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ’: 𝐁𝐑𝐄𝐀𝐒𝐓 π‘π„π‚πŽππ’π“π‘π”π‚π“πˆπŽπ 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒

Bersempena dengan Pink Oktober, iaitu Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Unit Sains Rekonstruktif telah menyertai beberapa siri pameran tentang β€˜Kesedaran Rekonstruksi Payudara’ di beberapa daerah di Kelantan. Melalui pameran ini, pengunjung dapat memahami tentang rekonstruksi payudara atau pembinaan semula payudara serta pilihan rawatan yang disediakan.

Rekonstruksi payudara adalah prosedur pembedahan yang bertujuan untuk membentuk semula payudara selepas mastektomi atau kehilangan payudara akibat kanser. Rawatan ini bukan sahaja membantu memulihkan bentuk fizikal, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan mental pesakit.

Pengunjung menunjukkan maklumbalas yang sangat positif. Ramai yang menyatakan bahawa pameran ini memberikan mereka pemahaman yang lebih mendalam tentang proses rekonstruksi serta kepentingannya. Beberapa pengunjung juga berkongsi pengalaman peribadi mereka, yang menambah emosi dan makna kepada sesi pameran ini. Mereka menghargai inisiatif ini dan berharap lebih banyak program seumpama ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan bagi mereka yang terjejas.