𝗞𝗣𝗧 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝗞𝗥𝗜𝗦 - 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗘𝗖𝗨𝗥 & 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥
Selaras dengan fokus strategik KPT Prihatin Madani, warga kerja Unit Sains Rekonstruktif, PPSP dan Unit Rawatan Kebakaran, Hospital USM dengan kerjasama JBPM Negeri Kelantan telah menyantuni pelajar dan guru di SK Perol, Kota Bharu pada 26 September 2024.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi pemadaman api, ceramah dan pameran berkaitan pertolongan cemas luka melecur dan terbakar, serta rawatan luka melecur dan terbakar di hospital, tayangan video animasi, dan permainan kuiz yang menyeronokkan.
Program ini telah mendapat sambutan yang positif serta kerjasama baik daripada pelajar dan guru.
Tahniah kepada semua warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini. Syabas!