Skip to main content

Beautiful with Safe Cosmetics

 
Pada 24 Julai 2024, USR sekali lagi dijemput untuk mengadakan program 'Beautiful with Safe Cosmetic' di Dewan Tok Beta, SMK Chabang Empat Tumpat dengan kerjasama Syarikat Beauty Kaseh. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan guru tentang bahaya bahan kimia dalam produk kosmetik yang terdapat di pasaran.
 
Dalam program ini, peserta diberi pendedahan tentang bahan kimia berbahaya kepada kulit dan kesihatan manusia seperti merkuri, bethamethason, hidroquinone, dan tretinoin. Pelajar dan guru juga didedahkan dengan kaedah menyemak senarai bahan kimia yang dibenarkan melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Selain itu, peserta juga berpeluang melakukan imbasan kulit muka bagi menilai keadaan kulit mereka serta melihat pameran berkenaan bahaya bahan kimia dalam produk kosmetik dan cara-cara menjaga kesihatan kulit.
 
Program seperti ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang keselamatan kosmetik dan pentingnya memilih produk yang selamat untuk digunakan. Dengan pengetahuan yang diperoleh, peserta diharapkan dapat membuat keputusan yang lebih bijak tentang pemilihan produk kosmetik dan menjaga kesihatan kulit mereka dengan lebih baik.