Skip to main content

AVF Marathon 2024

 
Pada 27 & 29 Jun 2024, Unit Sains Rekonstruktif dengan kerjasama Jabatan Radiologi Hospital USM dan Department of Anaesthesiology and Intensive Care USM telah berjaya menganjurkan Program Marathon AVF 2024.
 
Objektif utama program ini adalah untuk mempercepatkan proses pembedahan arteriovenous fistula (AVF) bagi pesakit kegagalan buah pinggang, dengan matlamat mengurangkan masa menunggu untuk rawatan hemodialisis yang penting bagi kesihatan mereka.
 
Pada 27 Jun 2024, sesi pendidikan perubatan berterusan (CME) yang disampaikan oleh Pakar Bedah Plastik Dr. Siti Fatimah Noor Mat Johar dan Pakar Radiologi Dr. Nasibah Mohamad telah berjaya meningkatkan pemahaman mengenai prosedur AVF di kalangan pelajar sarjana perubatan dari Unit Sains Rekonstruktif dan Jabatan Radiologi.
 
Pada 29 Jun 2024, prosedur AVF secara ‘marathon’ telah dilaksanakan di Dewan Bedah Utama Hospital USM. Prosedur AVF ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Wan Azman Wan Sulaiman (USM), Prof. Dr. Arman Zaharil Mat Saat (MSU), Dr. Siti Fatimah Noor Mat Johar (USM), Dr. Siti Muyassarah Rusli (MSU) dan Dr. Akmal Hisham Miswan (KPJ Damansara).
 
Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu dalam mempercepatkan proses rawatan hemodialisis bagi pesakit kegagalan buah pinggang di Hospital USM. Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk manfaat lebih ramai pesakit yang memerlukan.