Skip to main content

Program Hijau & Kitar Semula USR 2024

 
Pada 27 Mac 2024, Jawatankuasa Kelestarian Unit Sains Rekonstruktif diketuai oleh Ketua Projek, Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar telah menganjurkan Program Hijau & Kitar Semula di kalangan kakitangan dan pelajar di Unit Sains Rekonstruktif. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh jawatankuasa ini bagi menyokong usaha Kelestarian Hijau di pejabat khususnya dan universiti amnya.
 
Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran serta kepentingan amalan kelestarian dalam kalangan kakitangan dan pelajar di pejabat serta memupuk minat mereka untuk melakukan aktiviti kitar semula dan penanaman pokok bagi mewujudkan persekitaran yang inovatif dan lestari.
 
Sesi ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan, Puan Ruqayyah Muhammad, Penyelaras Kelestarian Hospital USM bagi meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai kelestarian dan pengurusan sisa di pejabat.
 
Kakitangan dan pelajar telah bersama-sama mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula seperti bekas tin, botol plastik, kertas, kotak dan bahan terpakai untuk dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan di pejabat Rekonstruktif.
 
Bagi menghijaukan persekitaran pejabat, semua kakitangan dan pelajar bekerjasama menanam pokok di dalam pasu dengan menggunakan bahan kitar semula. Dengan konsep Reduce, Reuse & Recycle; masing-masing menunjukkan kreativiti tersendiri bagi menghasilkan pasu yang menarik daripada bahan-bahan terpakai ini.
Penganjuran program ini diharapkan mampu memupuk kesedaran, kepekaan dan keprihatinan kakitangan dan pelajar terhadap kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.