Skip to main content

Hari Terbuka Kempen Kesedaran Luka Terbakar & Melecur

openday

Sebagai penutup kepada Kempen Kesedaran Luka Melecur dan Terbakar sempena dengan Program KPT Prihatin Madani 2023, Unit Sains Rekonstruktif, PPSP dan Unit Rawatan Kebakaran, Hospital USM telah berjaya menganjurkan “Hari Terbuka Kempen Kesedaran Luka Melecur dan Terbakar” kepada orang ramai pada 17 Disember 2023 bertempat di Center Atrium, KB Mall.

Objektif utama program ini adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang pertolongan cemas pertama (first aid) bagi luka melecur atau terbakar serta memberi pendedahan tentang rawatan dan perkhidmatan yang disediakan di unit ini.

Pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang hari terbuka ini termasuklah pameran kebakaran, kuiz dan permainan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta pameran kesedaran kanser payudara daripada Breast Cancer Awareness & Research Unit, Hospital USM.

Syabas dan tahniah buat warga kerja yang telah memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan hari terbuka ini.