Skip to main content

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001: 2015 HUSM

 
Pada 15 Februari 2024, Unit Sains Rekonstruktif telah menjalani sesi Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Hospital USM oleh Panel Penilai dari SIRIM iaitu Puan Kho Yeck Lan yang diiringi oleh Matron Wahida dan En Mohd Fikri.
 
Proses auditan ini dijalankan di Pusat Jagaan Harian Trauma Plastik Rekonstruktif dan disambut oleh Ketua Jururawat Sister Noorhayati, Pensyarah Pelatih Dr Amirul Ashraf, dan beberapa pegawai dan staf yang terlibat.
 
Kesemua pegawai dan kakitangan menyambut baik kehadiran juruaudit dan menerima beberapa komen penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Sains Rekonstruktif.