Skip to main content

NEWS PSY

KAJIAN PENYELIDIKAN PENYALAHGUNAAN EPAM DAN MUSHROOM DALAM KALANGAN BELIA NEGERI KELANTAN

20 Jun 2024 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD)

Satu Kertas Pertimbangan dibentangkan melalui MTMD yang dijalankan di Bilik Gerakan, Pejabat Menteri Besar Kelantan. YBrs Prof Madya Dr Mohd Azhar (Ketua Jabatan Psikiatri) telah membentangkan kertas pertimbangan yang melibatkan Kajian Epam dan Mushroom dalam kalangan belia di Negeri Kelantan. Turut hadir ke MTMD ini adalah pasukan untuk kajian ini iaitu Dr A'isyah Che Rahimi (Pakar Psikiatri) dan Cik Nik Nurin Kamelia K.B.P.A (Kaunselor Berdaftar/Penolong Pegawai). Melalui MTMD ini, YAB Dato Mohd Nassurddin, Menteri Besar Kelantan telah meluluskan sejumlah peruntukan geran untuk geran kajian. 

LAWATAN DARI UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SYDNEY,AUSTRALIA

2024- Unit MENTARI, Jabatan Psikiatri menerima kunjungan delegasi University of Technology Sydney (UTS), Australia. Delegasi UTS ini hadir untuk mengetahui dan mempelajari perkhidmatan Unit Mentari disamping untuk lawatan pembelajaran. Dr Nor Asyikin, Ketua Unit MENTARI telah mempengerusikan perkongsian maklumat kepada mereka yang hadir. 

PROJEK "DEVELOPMENT OF DIPSTICK TEST FOR KRATOM ADDICTION USING URINE"

2 Jun 2024 - Unit WISER telah menerima kunjungan oleh Profesor Dr Gam Lay Harn dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Kampus Induk bagi perbincangan berkaitan "Development of Dipstick Test for Kratom Addiction Using Urine". Projek ini adalah di bawah dana Pembangunan Teknologi, Tajaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI PULAU PERHENTIAN

25 Julai 2024 - Unit MENTARI telah menjalankan program khidmat komuniti di Pulau Perhentian bersama Komunit setempat serta pelajar sekolah. 

KOLABORASI JABATAN PSIKIATRI x AADK

4 Jun 2024 - Mesyuarat dan perbincangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Negeri Kelantan telah dijalankan di Jabatan Psikiatri. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Nik, Pengarah AADK Negeri Kelantan serta beberapa orang Pegawai AADK Negeri. YBrs Prof Mohd Azhar, Ketua Jabatan Psikiatri telah mempengerusikan mesyuarat ini bagi perbincangan pelan tindakan atau kolaborasi diantara Jabatan dan AADK dalam memberi khidmat kepada komuniti. 

"CURE & CARE"

Januari > Jun 2024 - "Cure & Care" merupakan program komuniti yang perlu dijalankan oleh Pelajar Perubatan Tahun 4 (Posting Psychiatry). Program ini adalah bertujuan untuk mendidik/membimbing pelajar menjalankan program bersama komuniti serta dalam masa yang sama menyumbang bakti melalui penyampaian pendidikan kesihatan kepada komuniti. Cure and Care ini melibatkan beberapa kumpulan pelajar yang berbeza mengikut tarikh posting untuk hadir ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). 

PROGRAM "RETURN TO WORK"

2 Julai 2024- Program ini adalah melibatkan kerjasama diantara pihak PERKESO dengan Unit MENTARI. Wakil Pegawai Perubatan, Dr Asyraf dan beberapa orang staf mengiringi pesakit untuk hadir program ini. Melalui program ini telah membuka peluang kepada pesakit untuk menyertai temuduga bersama syarikat yang membuka jawatan kosong.

SEMARAK RAMADAN

12 Mac 2024 -  Program Semarak Ramadan bermula dengan agihan Kurma kepada semua staf di Jabatan Psikiatri. Program ini adalah untuk memperkasa sifat memberi dan berkongsi dalam kalangan staf. 

SEMARAK RAMADAN 2.0

2 April 2024 - Program Semarak Ramadan 2.0 diteruskan dengan agihan tasbih digital kepada staf-staf yang terlibat membantu jabatan psikiatri serta kepada Pegawai-Pegawai Perubatan. Agihan Tasbih digital ini adalah simbolik program sempena ramadan yang mengajar erti kesabaran serta mempertingkat ibadah setiap individu. 

MAJLIS PERSARAAN "PAK DIN" & PERPISAHAN SR ZAIDAH

29 Februari 2024 - Klinik Pakar Psikiatri menganjurkan majlis persaraan "Pak Din" iaitu merupakan salah seorang staf sokongan di Klinik Psikiatri yang telah lama berkhidmat. Di samping itu, majlis perpisahan SR Zaidah turut dijalankan pada hari yang sama bagi menghargai perpisahan dan persaraan kedua-dua staf klinik pakar psikiatri. Majlis ini dijalankan bagi memberi penghargaan kepada kedua-dua individu yang banyak menyumbang khidmat kepada klinik psikiatri.