Skip to main content
KOLABORASI JABATAN PSIKIATRI X AADK

4 Jun 2024 - Mesyuarat dan perbincangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Negeri Kelantan telah dijalankan di Jabatan Psikiatri. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tuan Nik, Pengarah AADK Negeri Kelantan serta beberapa orang Pegawai AADK Negeri. YBrs Prof Mohd Azhar, Ketua Jabatan Psikiatri telah mempengerusikan mesyuarat ini bagi perbincangan pelan tindakan atau kolaborasi diantara Jabatan dan AADK dalam memberi khidmat kepada komuniti. 

PROJEK "DEVELOPMENT OF DIPSTICK TEST FOR KRATOM ADDICTION USING URINE"

2 Jun 2024 - Unit WISER telah menerima kunjungan oleh Profesor Dr Gam Lay Harn dari Pusat Pengajian Sains Farmasi, Kampus Induk bagi perbincangan berkaitan "Development of Dipstick Test for Kratom Addiction Using Urine". Projek ini adalah di bawah dana Pembangunan Teknologi, Tajaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

KURSUS ASAS PSIKIATRI 2025

25 - 26 FEB 2025 - Jabatan Psikiatri telah mengadakan Kursus Asas Psikiatri di peringkat Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan kakitangan USM, terutamanya pekerja kesihatan. Kursus tersebut berjaya dihadiri oleh 50 orang, yang terdiri daripada pegawai perubatan dan jururawat dari pelbagai jabatan.

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL 2025

1000192131

Pada 25 Oktober 2025, pihak Jabatan Psikiatri, USM dengan kerjasama Persatuan Psikologi Perubatan Kelantan (PERSIKOL) telah mengadakan Karnival Kesihatan Mental SeDunia 2025.

Karnival tersebut telah dimulakan dengan 'Mindful Walk' yang melibatkan seramai 300 peserta dari seluruh daerah Kota Bharu.

Aktiviti lain yang turut diadakan:

- Mini games dan pameran

- Pertandingan mewarna kanak-kanak

- Reruai, termasuk Jualan Rahmah

- Ceramah Kesihatan Mental oleh Prof. Madya Dr Azizah binti Othman bertajuk 'Healing the Heart, Calming the Mind'. 

Berita lanjut: