4 utara
PENGENALAN
Wad 4 Utara adalah wad Ortopedik untuk pesakit dewasa perempuan ditubuhkan sejajar dengan penubuhan HUSM. Wad mula berfungsi pada tahun 1986 dan mempunyai 32 buah katil untuk kegunaan pesakit. Walau bagaimanapun Wad 4 Utara juga menerima pesakit lelaki yang dikategorikan sebagai Acute Spinal Injury With Neurological Deficit. Menerima kemasukan kes dari Jabatan Kecemasan, Klinik Ortopedik, Klinik Rawatan Keluarga, Klinik Staf atau klinik-klinik lain, kes pindah masuk dari lain-lain wad atau unit dan juga rujukan kes dari hospital-hospital seluruh Malaysia termasuk juga Negara Brunei Darul Salam.
OBJEKTIF WAD
- Memberi rawatan yang holistik dan efisien ke atas pesakit mengikut keutamaan dan keperluan pesakit sepanjang tempoh hospitalisasi di wad.
- Mempunyai kakitangan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam memberi perawatan ke atas pesakit melalui pembelajaran berterusan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa setiap tahun.