4 selatan
PENGENALAN
Wad 4 Selatan adalah merupakan Wad Ortopedik Lelaki yang memberi perkhidmatan kepada semua pesakit yang memerlukan rawatan dengan kapasiti 36 katil. Sejarah pembukaannya bermula pada tahun 1984 di mana pesakit Neurosurgeri dan Ortopedik digabungkan sekali di dalam satu wad. Pada tahun 1986 Wad Ortopedik telah diasingkan dari Neurosurgeri dan Wad 4 Selatan telah menjadi Wad Ortopedik Lelaki Dewasa hingga kini.
Pesakit- pesakit yang diterima masuk ke wad ini terdiri daripada:
i. Kes Arthroplasty
ii. Kes Hand Surgery
iii. Kes kronik yang berkaitan tulang
iv. Kes Onkologi (kes kanser tulang rujukan dari seluruh negeri di Malaysia)
v. Kes Peri-Operatif
vi. Kes Plastic Reconstructive Surgery
vii. Kes Spinal
viii. Kes Sport Injury
Kemasukan Kes Ke Wad 4 Selatan:
i. Kes baru dari Unit Kecemasan dan Kemalangan.
ii. Kes rujukan dari Klinik Rawatan Keluarga.
iii. Kes pindah masuk dari lain-lain wad atau unit.
iv. Kes rujukan dari Klinik Ortopedik.
v. Kes rujukan dari lain-lain hospital.
OBJEKTIF WAD
Memberi layanan yang memuaskan dari segi rawatan, keselesaan dan komunikasi yang berkesan kepada pesakit dan jangkamasa hospitalisasi dapat dikurangkan.