Skip to main content

2 selatan

PENGENALAN
 
Wad 2 Selatan adalah Wad Pembedahan kanak-kanak. Terdiri daripada multi disiplin iaitu Peadiatrik Surgeri, Otopedik, Neuro Surgeri, Urologi, Otorinolaringologi, Oftalmologi, oral &maxilofacial, Plastic & Reconstructive,  Dental dan Ginekologi. Pesakit  yang dirawat adalah kes rujukan dari semua klinik pakar, Jabatan Kecemasan, serta dari lain-lain klinik dan hospital samada dari dalam atau luar Kelantan. Lingkungan umur  yang diterima masuk ke wad ini adalah berumur 1 bulan hingga 12 tahun.
 
OBJEKTIF WAD
 
Wad 2 Selatan mempunyai objektif yang spesifik untuk memberi perawatan yang lebih efektif kepada semua pesakit iaitu:
  • Memberi perawatan yang berkualiti, efektif dan efisyen.
  • Memahami serta memenuhi keperluan dan harapan setiap pelanggan.
  • Menanam nilai dan budaya kerja yang positif.
  • Mengutamakan keunggulan nilai-nilai murni dan jati diri dalam menjalankan tugas.
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
  • Menjalinkan  hubungan yang harmoni di antara staf, pesakit  dan ibubapa / penjaga.
MISI
 
Mengutamakan Kesejahteraan dan kepuasan pelanggan dengan mengamalkan nilai-nilai kualiti dalam perkhidmatan.
 
VISI
 
Meningkatkan tahap perkhidmatan perawatan yang optima kepada setiap pesakit melalui perawatan yang holistik berlandaskan proses kejururawatan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.
 
AKTIVITI WAD
 
 
BIL
AKTIVITI
CATATAN
1.  
Perjumpaan Bulanan antara Ketua Jururawat dan semua staf
  • Membincang masalah / perkara berbangkit serta  mendapatkan maklumbalas berkenaan dengan pengurusan  dan perawatan.
  • Membuat penambahbaikan jika perlu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
  • Menyampaikan informasi terkini tentang perawatan, perkhidmatan dan polisi.
  • Bertukar idea tentang perawatan dan perkhidmatan pesakit.
2.
Rondaan wad dan bed side teaching
  • Jururawat akan membentangkan kes kepada Ketua Jururawat
  • Ketua Jururawat akan menyemak laporan dan diagnosis kejururawatan.
  • Penambahbaikan dibuat jika ada mengikut keadaan pesakit.
  • Setiap jururawat dikehendaki memilih satu tajuk untuk perkongsian ilmu dengan rakan sejawat yang lain.
3.
Patient  Safety Goals
 
  • Patient safety goalstelah diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keselamatan pesakit semasa menerima rawatan di wad.
  • Pemantauan yang dibuat adalah hand hygine, blood tranfusion, Patient identification, patient fall dan medication error.
4.
Amalan 5S
  • Melibatkan diri dalam Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) sebagai persediaan untuk audit dalaman dan audit oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia.
  • Amalan 5S dijadikan  sebagai budaya kerja berterusan dan ia dapat memupuk kerjasama dan setiakawan di antara staf. Amalan 5S dapat meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme dikalangan staf.
  • Mengadakan amalan gotong royong kebersihan wad sebulan sekali atau bila perlu.
  • Untuk mengekalkan persekitaran wad yang bersih, ceria  dan selesa kepada setiap pelanggan.
  • Telah diaudit pada 25.10.2016
5.
Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan
  • Setiap bulan sebanyak 10 Borang Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan diedarkan untuk diisi oleh ibu bapa / penjaga  pesakit yang menerima rawatan melebihi 3 hari.
  • Bertujuan untuk mengetahui maklumbalas tentang tahap perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang hospitalisasi.
  • Ianya akan dijadikan sebagai panduan untuk  penambahbaikan berterusan.
6.
Sekolah Dalam Hospital (SDH)
  • Pesakit berumur 4 tahun dan ke atas akan dirujuk kepada Sekolah Dalam Hospital (SDH) untuk aktiviti pembelajaran. 
  • Ini dapat mengisi masa pesakit yang ketinggalan dalam  pelajaran sepanjang berada di wad
  • Seramai 125 orang pesakit telah dirujuk ke SDH sepanjang tahun 2016.
9.
Aktiviti sosial bersama pesakit
1.    Perpustakaan Bergerak
·         Diadakan setiap hari Ahad oleh staf Pustaka Hamdan Tahir (PHT)
·         Pesakit dan peneman diberi peluang  meminjam pelbagai buku untuk dibaca bagi menghilangkan kebosanan sepanjang berada di wad.
2.    Toys On Trolley
·         Diadakan setiap hari Selasa.
·         Pesakit diberi pinjam alat permainan dan perlu dikembalikan pada jam 1600.
3.    Riang Ria Rabu
·         Diadakan setiap Rabu di Pusat Sumber Tingkat 7 bermula jam 1430 bagi membantu mengurangkan kebosanan pesakitdengan bercerita, melukis dan mewarna.