Skip to main content

clinic

PENGENALAN
 
Klinik Ortopedik adalah merupakan sebuah  klinik pakar yang mula beroperasi di Hospital USM pada tahun 1985. Lokasinya terletak di Zon D, Klinik no 2, Kompleks Klinik-Klinik. Perkhidmatan kepakaran yang disediakan di Klinik Ortopedik adalah berkaitan dengan masalah maskuloskeletal iaitu yang melibatkan tulang, otot, dan sendi. Klinik Ortopedik berfungsi setiap hari bekerja dari jam 0810 hingga jam 1655.Kami menerima kes temujanji dari wad dan kes rujukan dari klinik-klinik yang lain termasuk Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II., Hospital Daerah dalam negeri Kelantan dan utara Terenggganu serta seluruh Hospital di Malaysia.
 
OBJEKTIF KLINIK
 
Memberi perkhidmatan yang tepat dan berkesan mengikut sub – kepakaran yang disediakan.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.
 
Terdapat 8 bilik pemeriksaan doktor yang menempatkan 2 orang pakar /   pegawai perubatan dengan dibantu oleh seorang jururawat / Pembantu Perawatan Kesihatan, 1 bilik POP yang dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan  dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan, 1 bilik rawatan yang dikendalikan oleh 2 orang jururawat, kaunter temujanji dan kaunter pendaftaran klinik.
 
       Klinik Ortopedik menyediakan 6 Sub kepakaran seperti berikut.
 
1.    Klinik Spine.
2.    Klinik Ortopedik Onkologi & Rekonstruktif
3.    Klinik Hand & Mikrosurgeri
4.    Klinik Paediatrik
5.    Klinik Sport
6.    Klinik Arthroplasty.
7.    Klinik Rehabilitasi
 
     Aktiviti Harian Klinik
  1. Menerima kes temujanji / rujukan dan kes baru / ulangan.
  2. Memberi tarikh rawatan susulan kepada pesakit
  3. Membantu doktor memberikan perawatan kepada pesakit mengikut sub kepakaran tertentu.
  4. Melakukan pencucian luka dan pembalutan.
  5. Memasang dan membuka Plaster Of Paris (POP)
  6. Memberi suntikan intra maskular, intra artikular dan intra vena oleh diktor pakar.