Skip to main content

SAMBUTAN MINGGU KELESTARIAN USM 2025 PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN 

Plogging Jabatan Pengarah Kampus

USM, Kubang Kerian, Kelantan, 18 Mei 2025 – Warga staf Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan telah menyertai program Sambutan Minggu Kelestarian di bawah USMFit peringkat Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Minggu Kelestarian Kampus Kesihatan akan berlangsung selama seminggu bermula 18 Mei – 22 Mei. Antara aktiviti yang disertai oleh mereka adalah senamrobik, brisk walk dan plogging

Plogging Jabatan Trek Joging

Aktiviti plogging bermula dari Stadium KOPA dengan melalui laluan trek joging dan kembali semula ke Stadium KOPA. Melalui aktiviti plogging, sebanyak 3 beg plastik besar telah dikumpul. 

Plogging Jabatan Beg Sampah

Tahniah diucapkan kepada staf yang menyertai kerana menjayakan misi Kelestarian peringkat Kampus Kesihatan.  

Pengarang Berita: En. Muhammad Nashrul Farhan / Foto: Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim