Skip to main content

USM, 18 Mei 2025 – Selaras dengan pelancaran Minggu Kelestarian USM 2025 yang berlangsung antara 18 sehingga 22 Mei 2025, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan (JMPP) juga mengambil peranan di peringkat Jabatan dalam menjayakannya.

Antara aktiviti yang dirancang adalah Program Pengumpulan Sisa Kitar Semula yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 Mei sehingga 21 Mei 2025.

Selain itu, JK Kelestarian Jabatan juga akan mengadakan Program Gotong Royong Perdana pada 22 Mei 2025.

Diharapkan semua staf yang berkelapangan dapat menyertainya dalam usaha melestarikan Jabatan dan USM khususnya.

Pengarang: En. Muhammad Nashrul Farhan