Skip to main content

Majlis Sekalung Budi Semekar Kasih

Pada 1 Mac 2024 yang lalu, Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP USM dengan kerjasama Kelab INCOME JPM telah mengadakan Malam Sekalung Budi Semekar Kasih sempena persaraan dan penghargaan ke atas jasa bakti dan sumbangan besar kepada YBrs. Profesor Dr Mohamed Rusli Abdullah yang merupakan seorang pakar dan tokoh dalam bidang Kesihatan Awam di Malaysia.

Selain daripada itu, majlis tersebut juga merupakan satu hadiah daripada warga Jabatan Perubatan Masyarakat kepada beliau yang merupakan guru bagi pelbagai lapisan generasi di Universiti Sains Malaysia. JPM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis yang sangat bermakna buat YBrs. Prof Rusli dan warga JPM.

Semoga YBrs. Prof sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dan terus memberikan sumbangan kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara tercinta. Salam sayang daripada warga JPM.

Pautan video:  https://fb.watch/tZxSbBdIYB/

Video disediakan oleh:
Puan Zarini Ahamed Sekeri (Kakak Canva) dan En Mohd Nafizan Mohamad Nor