Skip to main content

WALKABOUT DEKAN KE JABATAN PERUBATAN KELUARGA

    19 APRIL 2025/ 10 SYAWAL 1446H

    Sambungan dari Ramadhan Walkabout Meeting bersama-sama dengan Dekan dan barisan Exco, Jabatan Perubatan Keluarga (JPK) telah dikunjungi pada minggu ke-2 bulan Syawal penuh barakah.

    Pertemuan bermula jam 2.30 petang dengan pembentangan pencapaian jabatan oleh Ketua Jabatan, Prof Madya Dr Imran Ahmad, diikuti dengan perbincangan isu semasa berkaitan PPSP & JPK.

    Sesi berakhir pada jam 3.30 petang dengan edaran cenderahati kepada Dekan serta barisan Exco, serta sesi fotografi dan cicipan di jabatan.

    Jabatan Perubatan Keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang Berbahagia Dekan serta barisan exco di atas usaha dan iltizam yang berterusan demi kecemerlangan Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM.

    Team Web JPK