Skip to main content

WEBINAR: LET'S TALK ABOUT OBESITY

Webinar anjuran Jabatan Perubatan Keluarga dengan kerjasama Persatuan Perubatan Keluarga USM Malaysia (FAMOUS) yang diadakan adalah bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan memberi input terkini tentang obesiti dengan tajuk “Webinar Let’s Talk About Obesity” diadakan secara maya melalui platform WeBex pada 13 Ogos 2024. 

Seramai 64 peserta terlibat dalam program ini melibatkan Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Jururawat daripada hospital dan klinik-klinik kesihatan serta swasta.  Antara pengisian program termasuk sajian perkongsian ilmu daripada Dr Nor Akma Mat Junoh @ Yunus (Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga USM) dengan tajuk “ The Disease of Obesity and It’s Compilcations on Body Weight Management”  dan Puan Nor Elyana Awang @ Nawi (Pegawai Dietetik, Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM) dengan tajuk “ Ideal without Starving : Practical Approach to Lose Weight”. Para peserta juga turut berpeluang mengemukan soalan-soalan secara langsung kepada penceramah semasa sesi soal jawab.

Program ini ternyata mendapat impak positif daripada semua peserta dan berharap program seumpanya diadakan lagi pada masa akan datang.