Skip to main content

KEK DAN HAMPER CERIAKAN PESAKIT CILIK

Petikan: https://www.kk.usm.my/index.php (klik)

 

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Ogos 2024 – Kegembiraan jelas terpancar di wajah pesakit kanak-kanak wad 6 Utara, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menerima kunjungan Syarikat Kontraktor, Zasma Home yang menyampaikan sumbangan kek sempena Merdeka dan hamper kepada lebih 20 pesakit kanak-kanak di wad berkenaan, hari ini.

IMG 20240815 WA0021

IMG 20240815 WA0022

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Zasma Home, Zaki Ab Rahman kepada Pakar Pediatrik Hospital USM, Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad yang mewakili Pengarah Hospital USM.

IMG 20240815 WA0024

IMG 20240815 WA0025

IMG 20240815 WA0026

Dalam kunjungan itu juga pihak berkenaan membawa badut khas untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak sambil mengagihkan belon pelbagai bentuk.

IMG 20240815 WA0023

Kunjungan itu ternyata menceriakan pesakit kanak-kanak wad terbabit yang merupakan pesakit kanser dan kebanyakan mereka menerima rawatan untuk tempoh yang panjang di Hospital USM.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on 15 August 2024.