Skip to main content

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (KPHUSM)

Mesyuarat Agung Tahunan pertama Kelab Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (KPHUSM) telah diadakan pada 21 Februari 2024, bertempat di Bilik Sumber, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP) Hospital USM.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Kelab, Professor Madya Dr Ikram bin Ilias yang juga merupakan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital USM. Beliau telah membentangkan perlembangaan kelab dan proses menubuhkan kelab ini termasuk pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia secara rasmi pada 31 Disember 2023.

IMG 20240221 WA0142

 

 

Matlamat penubuhan KPHUSM adalah

  1. Menjalankan aktiviti- aktiviti untuk meningkatkan profesionalisme ahli
  2. Menjaga kebajikan ahli kelab
  3. Meningkatkan rasa kebersamaan di kalangan ahli

Senarai ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut

 

carta organisasi

Sehingga Februari 2024, seramai 62 orang telah berdaftar sebagai ahli kelab yang  terdiri daripada doktor-doktor, jururawat dan staf sokongan Jabatan Pediatrik Hospital USM. Antara kelebihan menjadi ahli KPHUSM yang telah dipersetujui adalah:

  1. (Masuk Wad) Derma RM 30 kepada ahli yang masuk wad (terhad sekali setahun) . Untuk ahli/pasangan yang bersalin juga akan diberi hamper bersalin berjumlah RM 30
  2. (Kematian) Kematian ibu bapa/ suami/ isteri/ anak- akan menerima derma ikhlas RM50
  3. (Diskaun) Potongan 10% untuk kursus yang dianjurkan oleh kelab

Perbincangan utama termasuk cadangan aktiviti kelab untuk sepanjang tahun 2024. Antara cadangan aktiviti ialah Karnival Kesihatan Kanak-kanak, Larian Amal, Hari Keluarga, Khidmat Masyarakat dan sebagainya. Rata-rata ahli KPHUSM bersemangat untuk beraktiviti bersama demi mengeratkan silaturrahim.

Majlis diceriakan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Pengerusi kelab. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah. Mesyuarat diakhiri dengan acara bergambar bersama semua hadirin.

 

IMG 20240221 WA0129

 

 

IMG 20240221 WA0140

 

 

IMG 20240221 WA0126