354 PELAJAR BAHARU SARJANA PERUBATAN/SURGERI/PATOLOGI PERUBATAN LAPOR DIRI DI USM
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Jun 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) meraikan 354 pelajar baharu Sarjana Klinikal Perubatan termasuk enam (6) pelajar antarabangsa pada 3 Jun lalu.
Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan serta seluruh barisan pengurusan PPSP hadir dalam program orientasi yang diadakan khusus bagi penyampaian informasi kepada kumpulan pelajar-pelajar baharu Sarjana Perubatan/Surgeri/Patologi, ambilan Jun 2025.
Kumpulan pelajar tersebut telah mula melapor diri pada 1 Jun bagi program-program Sarjana Perubatan, Sarjana Surgeri dan Sarjana Patologi dalam pelbagai disiplin perubatan.
Selain taklimat daripada barisan pengurusan PPSP, turut hadir menyampaikan perkongsian ialah Pegawai Institut Pengajian Siswazah (IPS), Pengurus Operasi Pusat Media dan Perhubungan Awam, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), wakil Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT) dan wakil Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT).
Teks: Amyrulhan Azhari/ Foto: Wan Syarifah Aini Wan Ismail/ Editor: En Aizat Amin