Unit Makmal Akademik, Pusat Pengajian Sains Perubatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof Madya Dr Mohd Hashairi atas khidmat cemerlang dan dedikasi sebagai Penyelaras dari 01/01/2019 sehingga 31/12/2024
Majlis Sanjung Budi telah diadakan pada 23 Februari 2025 sebagai tanda penghargaan atas sumbangan YBhg Prof selaku Penyelaras kepada Unit Makmal Akademik, serta dua unit yang lain iaitu Blok Pembelajaran & Sumber Pelajar (BPSP) dan Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (i-CSC).