Program Kelestarian
1. Taklimat Kelestarian
Taklimat kelestarian dan pemilihan AJK Sebuah taklimat tentang kelestarian telah diadakan di Jabatan Patologi Kimia pada 15 Mei 2024. Taklimat ini menerangkan inisiatif kelestarian di peringkat hospital di mana semua jabatan adalah terlibat secara langsung dalam menjayakan matlamat Hospital melaksanakan agenda kelestarian. Seramai tidak lebih 20 peserta telah menghadiri taklimat ini yang diwakili Makmal Endokrin, Makmal CDL dan Jabatan Patologi Kimia. Peserta didedahkan dengan idea dan konsep kelestarian dan impak dalam pelaksanaannya dalam kehidupan seharian. Dengan penerangan yang ada, gerak kerja dalam melaksanakan aktiviti kelestarian di peringkat jabatan dapat dijalankan dengan teratur. Melalui penubuhan AJK kecil Kelestarian di Jabatan, pelaksanaanya dapat dijayakan apabila staf bekerjasama ke arah matlamat yang sama.
2. Gotong Royong Jabatan
Gotong royong pertama anjuran AJK kelestarian diadakan pada 23 Mei 2024 yang melibatkan Jabatan, Makmal CDL dan Makmal Endokrin. Fokus utama akiviti ini adalah untuk mengamalkan konsep 5R iaitu, reuse, repurpose, reduce, refuse dan recycle. Bahan -bahan yang tidak digunakkan dilupuskan dengan cara yang betul dan ruang kerja diperkemaskan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan untuk staf menjalankan kerja harian. Selain itu, bahan-bahan yang masih boleh digunapakai, diolah untuk kegunaan lain dan meminimumkan bahan buangan yang terhasil dari Jabatan.
3.Bengkel anjuran PTI bersama e-Idaman
AJK Kelestarian terus meningkatkan kefahaman dan pendidikan staf tentang kepentingan kelestarian dengan meyertai bengkel atau talimat yang dianjurkan di dalam dan luar kampus. Pada 30 Mei 2024, PTI dengan kerjasama syarikat E-Idaman Sdn Bhd telah menganjurkan taklimat kesedaran kitar semula secara atas talian dengan penyertaan dari semua kampus USM. Kursus ini menerangkan tentang impak kitar semula kepada alam sekitar dan inisiatif syarikat dalam membangunkan aplikasi mudah alih untuk merancakkan lagi aktiviti seumpanya dalam masyarakat. Peserta telah mendapat input berguna dan dapat merancang untuk pengurusan sisa di tempat masing masing melalui aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat tersebut. Selain itu, beberapa siri ‘event’ kitar semula akan dilaksanakan universtiti dengan kerjasama syarikat dalam masa akan datang.
4. Aktiviti sudut kelestarian di Jabatan, makmal Endokrin dan CDL.
Sudut Kelestarian di sekitar Jabatan, Makmal CDL dan Makmal Endokrin tellah diwujdkan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi pengudaraan bersih, dan menerangkan konsep 5R iaitu refuse, repurpose,reduce, recycle dan reuse. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula yang diperoleh daripada aktiviti gotong royong Jabatan dimana secara tidak langsung dapat mengurangkan sisa buangan dari Jabatan. Dengan kersama AJK Kelestarian dan staf jabatan, projek ini masih diteruskan sepanjang masa agar manfaatnya dalam memberikan ruangan kerja yang selesa dan menerapkan budaya kelestarian dalam kalangan staf sentiasa berterusan.
5. Pelancaran produk ecoenzyme Jabatan Patologi Kimia
Ecoenzyme adalah produk terhasil daripada sisa organik daripada buah-buahan dan sayuran yang boleh digunakan sebagai agen pencuci, baja, agen penghalau serangga, pewangi ruangan dan solusi perawatan air. Produk ini adalah hasil kajian daripada pensyarah Jabatan Patologi Kimia dengan kerjasama penyelidik daripada UMK.