Skip to main content

Program Khidmat Kesihatan Komuniti Anjuran Kem 8 Briged

7 Januari 2025 - Unit Perubatan Pemulihan HPUSM telah menghantar wakil (Doktor rehab, fisioterapis, jurupulih cara kerja, juruteknik perubatan (prostetik & ortotik) dan pembantu perawatan kesihatan) untuk menyertai Program Khidmat Kesihatan Komuniti yang dianjurkan oleh 21 RAMD sempena Hari Ulang Tahun Pasukan RAMD di Kem 8 Bridged. Program ini bertujuan untuk memberikan khidmat kesihatan kepada komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal.
 
Antara aktiviti yang dijalankan oleh wakil UPP termasuk:
  1. Pemeriksaan kesihatan fizikal
  2. Khidmat kaunseling kesihatan fizikal
  3. Demonstrasi senaman pemulihan - Latihan mudah yang boleh diamalkan oleh golongan warga kem untuk meningkatkan mobiliti dan kesejahteraan fizikal
  4. Edaran risalah: Maklumat mengenai perkhidmatan UPP dan panduan penjagaan kesihatan fizikal diberikan kepada peserta.
Penglibatan UPP dalam program ini telah memberikan impak yang positif kepada komuniti serta mempromosikan peranan UPP dalam menyokong kesihatan masyarakat. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada lebih ramai golongan sasaran.