Skip to main content

Ceramah Keselamatan Staff

19 Disember 2024 - Program CPD Unit Perubatan Pemulihan Siri 15 yang bertajuk Keselamatan Staff telah disampaikan oleh Jurupulih Perubatan Cara Kerja En Kamarizan bin Samaun di Gimnasium Stroke UPP pada jam 2 ptg.

Matlamat utama:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dalam kalangan kakitangan di tempat kerja.
  2. Pendedahan tentang prosedur keselamatan, langkah-langkah pencegahan risiko dan cara bertindak semasa kecemasan.
  3. Memastikan kesejahteraan fizikal dan mental setiap kakitangan terjamin serta memupuk budaya kerja selamat.

Antara kepentingan utama program ini adalah:

  1. Mencegah Kemalangan
  2. Mengurangkan Kos Perubatan dan pampasan
  3. Mematuhi Peraturan Keselamatan
  4. Meningkatkan Kesedaran Keselamatan
  5. Meningkatkan Produktiviti

Program ini diharapkan dapat memperkasakan budaya keselamatan yang konsisten dan berkesan dalam organisasi. Pengetahuan yang diperolehi akan diaplikasikan oleh kakitangan dalam pelbagai situasi bagi meminimumkan risiko kemalangan di tempat kerja.

CPD S 15 1

CPD S 15 2

CPD S 15 3

CPD S 15 4

CPD S 15 5

CPD S 15 6