Skip to main content

Sambutan World Stroke Day di Dewan Utama, USM Kampus Kesihatan

16 November 2024 - TINGKATKAN AKTIVITI DAN SENTIASA POSITIF HINDARI PENYAKIT STROK

Penyakit strok menjadi punca kematian kedua tertinggi dengan nisbah 1 daripada 4 rakyat Malaysia dijangka akan menghidap strok setiap tahun berdasarkan kajian dan laporan 'Global Burden of Disease Report 2016'.

Menyedari hakikat itu, USM dan JKNK dengan kerjasama Kelab Medik Jabatan Perubatan HPRZII dan 'Consultant Angels Initiative: Boehringer Ingelheim' membantu merealisasikan matlamat negara untuk melahirkan individu yang sihat menerusi sambutan 'World Stroke Day' Peringkat Negeri Kelantan 2024, hari ini.

Unit Perubatan Pemulihan telah melibatkan diri dalam pameran kesedaran penyakit strok dan perawatan-perawatan yang dijalankan di tempat kami.