Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalanraya Peringkat Negeri Kelantan
CEGAH KEMALANGAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kemalangan jalan raya menjadi isu yang semakin kritikal di negara kita dan menunjukkan peningkatan saban tahun.
Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan, peratusan kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian dan kecederaan meningkat sebanyak 16 % pada setiap bulan sepanjang tahun 2023.
Sempena sambutan ini, Unit Perubatan Pemulihan HPUSM telah terlibat dalam pameran untuk kesedaran keselamatan jalanraya yang diadakan di Dewan Auditorium Pentadbiran Hospital Pakar USM.