Skip to main content

Program Hari Cakna Kanser USAINS Healthcare 2024

23 Nov 2024 - Program Hari Cakna Kanser USAINS Healthcare 2024 yang berlangsung pada hari Sabtu, 23 November 2024, di Dewan Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu. Program ini telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat dan kehadiran yang luar biasa.

Acara ini bertujuan untuk mempertemukan komuniti pesakit kanser, meningkatkan kesedaran tentang kanser, dan mengumpulkan dana bagi membantu golongan pesakit B40 yang memerlukan. Kami sangat berbesar hati melihat sokongan padu daripada para peserta, pesakit, keluarga mereka, serta pihak penaja dan rakan kolaborasi.

Program ini merupakan hasil kolaborasi bersama Cancer Survivors Malaysia/ CANCER SURVIVORS (MSIA) dan turut disokong oleh:

✅ School of Dental Sciences, USM Health Campus

✅ Breast Cancer Awareness & Research Unit

✅ Unit Perubatan Pemulihan Hospital Pakar USM

✅ Jabatan Patologi Kimia PPSP USM

✅ Jabatan Perubatan Nuklear Radioterapi & Onkologi

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penaja, rakan kolaborasi, dan sukarelawan atas sokongan luar biasa yang diberikan.

Kehadiran dan kerjasama semua pihak telah menjadikan program ini bukan sahaja bermakna tetapi juga menyentuh hati ramai. Kami di USAINS Healthcare amat menghargai sokongan anda semua, dan semoga usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan Hari Cakna Kanser 2024