Lawatan Panitia Sains Sukan Semester 3 Universiti SMK Tengku Lela Segara Marang, Terengganu
14 November 2024 - Unit Perubatan Pemulihan telah menerima lawatan dari Panitia Sains Sukan Semester 3 Universiti SMK Tengku Lela Segara Marang, Terengganu. Tetamu seramai 34 orang murid serta 4 orang guru pengiring telah tiba pada 11.30 pagi. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal dan mendalam tentang peranan Fisioterapi Unit Perubatan Pemulihan, HPUSM dalam bidang sains sukan, sekaligus meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai aplikasi teori yang dipelajari di dalam kelas.
Pengisian sepanjang lawatan ini antaranya penerangan umum mengenai Unit Perubatan Pemulihan - bahagian-bahagian yg terdapat di UPP HPUSM serta fungsi setiap bahagian tersebut, demonstrasi kaedah / modality rawatan kecederaan sukan yang terkini serta mempelajari teknik pencegahan dan pemulihan yang berkesan.
Penerangan disampaikan di Bilik Ilmu, kemudian lawatan ke bahagian Driving Assessment & Training Simulator, Gym Robotik, Elektroterapi & General Physio Gym.
Lawatan tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada pelajar dan guru pengiring. Menurut salah seorang guru pengiring, program ini sangat bermanfaat kerana membuka mata pelajar kepada prospek kerjaya dan pentingnya aspek penjagaan kesihatan dalam sukan.
Unit kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan daripada institusi pendidikan dan agensi lain yang ingin memahami dengan lebih dekat peranan UPP HPUSM dalam pelbagai bidang. Kami percaya program lawatan seperti ini bukan sahaja memberikan pendedahan ilmiah yang berguna tetapi juga menggalakkan pertukaran ilmu yang bermakna.