Program KPT Prihatin Madani Mobile Community Services: Program Pemerkasaan Guru-Guru PPKI Negeri Kelantan anjuran Bahagian Pemulihan Carakerja, Unit Perubatan Pemulihan HPUSM
18 November 2024 - Seramai 72 orang guru PPKI dari seluruh negeri Kelantan telah menghadiri satu bengkel anjuran Bahagian Pemulihan Cara Kerja Unit Perubatan Pemulihan pada 18 November 2024 di bawah Program KPT Prihatin Madani. Antara objektif utama program adalah meningkatkan kemahiran guru dalam mengendali tingkahlaku pelajar-pelajar kelas pendidikan khas integrasi yang mengalami tantrum, mengenal pasti punca masalah tulisan tangan, dan memberi idea-idea untuk aktiviti yang boleh menggalakkan perkembangan integrasi sensori seawal yang boleh di peringkat sekolah lagi.
Penceramah program yang pertama adalah Nor Idayu Zainal Abidin, yang memberi fokus kepada mengenalpasti dan mengenal jenis-jenis masalah tulisan tangan serta punca-punca masalah tulisan tangan dalam kalangan pelajar PPKI. Penceramah kedua, Siti Nor Hayati Mohd Noor, menekankan tentang cara mengenalpasti punca masalah tingkahlaku serta cara pengendalian masalah tingkahlaku dikalangan pelajar.
Sesi praktikal melibatkan beberapa fasilitator menunjukkan teknik restrain untuk pesakit, teknik rangsangan sensori integrasi, dan alat-alat cadangan dalam permainan sensori untuk menggalakkan perkembangan pelajar dan mengurangkan masalah tingkahlaku dalam pelajar PPKI.
Sesi bengkel kedua memperkenalkan aktiviti Brain Gym yang mudah dan bermanfaat untuk perkembangan minda dan mengendalikan masalah tulisan tangan dalam pelajar PPKI.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dan mencadangkan lebih banyak kursus berfokuskan Guru PPKI berbentuk kemahiran praktikal seperti ini. Antara maklumbalas guru-guru adalah ingin mengemukakan jemputan untuk Jurupulih Cara Kerja mengadakan lawatan ke sekolah untuk mengaplikasikan perancangan rawatan individu untuk pelajar-pelajar PPKI di sekolah. Guru-guru PPKI juga ingin mengadakan lawatan ke bahagian pemulihan Cara Kerja bersama pelajar-pelajar untuk melihat sesi rawatan spesifik kepada individu serta program rawatan berkumpulan yang diadakan di Bahagian Pemulihan. Guru-guru juga mencadangkan Pegawai Pendidikan Daerah turut hadir dalam kursus sebegini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai keperluan guru-guru PPKI agar lebih mudah mendapat kemudahan alatan pengajaran dan pelajaran spesifik kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.