Skip to main content

Senaman Ibu Hamil & Kepentingannya

13 November 2024

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan bimbingan senaman yang selamat dan sesuai kepada ibu mengandung bagi memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan mental mereka semasa kehamilan. Senaman ringan diperkenalkan kepada peserta ibu-ibu mengandung yang boleh membantu mempersiapkan tubuh bagi proses kelahiran.

Kelas ini merangkumi beberapa jenis senaman ringan yang difokuskan pada fleksibiliti, keseimbangan, dan pernafasan. Fisioterapis turut memberi penekanan kepada teknik yang dapat mengurangkan ketegangan otot dan memperbaiki postur bagi membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat perubahan fizikal semasa kehamilan.

Senaman untuk ibu mengandung mempunyai banyak manfaat, termasuklah membantu mengekalkan kesihatan jantung dan paru-paru, mengurangkan risiko kenaikan berat badan yang berlebihan, serta memperbaiki kualiti tidur dan mood. Senaman juga dapat membantu menguatkan otot, meningkatkan stamina, dan memudahkan proses kelahiran serta pemulihan selepas bersalin.

Program seperti ini dijalankan secara berkala untuk memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada ibu mengandung dalam komuniti. Aktiviti ini dikendalikan oleh Fisioterapis yang bertauliah iaitu penceramah & fasilitator Pn. Mardhiah dan Pn. Zarith Naema.

 

May be an image of 1 person, television and text

May be an image of 4 people, people practicing yoga, childrens toy and text

May be an image of 3 people and text