Program Karnival Wakaf Kesihatan MAIK-USM@Masjid Jamek Muhammadi
26 Oktober 2024 - Unit Perubatan Pemulihan telah dijemput untuk menyertai Program Karnival Wakaf Kesihatan MAIK-USM@Masjid Jamek Muhammadi yang dianjurkan oleh Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selaku jawatankuasa penganjur utama dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pengurusan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu dan Program Libatsama Komuniti USM-Merican.
Antara program yang berlangsung sepanjang karnival tersebut ialah aktiviti menderma darah, perkhidmatan saringan kesihatan komprehensif, pertandingan 'indoor game', sepak penalti, ‘e-sport mobile legend’, pertandingan azan, mewarna untuk kanak-kanak dan khat serta bual bicara bersama ustaz.