Program Sokongan Psikososial Pesakit & Keluarga Kecederaan Traumatik
20 Oktober 2024 - Bahagian Neurogimnasium, Unit Perubatan Pemulihan telah mengadakan program yang bertajuk Program Sokongan Psikososial Pesakit & Keluarga Kecederaan Otak Traumatik.
Penceramah Puan Wan Nor Azlen bin Wan Mohamad dari Psikologis Klinikal Hospital Pakar USM, dijemput khas untuk memberi ceramah ini. Program ini bertujuan bagi membimbing psikologikal pesakit dan keluarga bagi pesakit yang mengalami kecederaan otak traumatik. Program ini bermula jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari menyentuh berkenaan keadaan pesakit selepas kecederaan, tekanan emosi penjaga pesakit dan peranan ahli keluarga dalam membimbing dan menjaga pesakit.