16 Oktober 2024 - Unit Kejururawatan (BES KLINIK) dengan kerjasama Unit Perubatan Pemulihan telah menganjurkan satu webinar berkaitan rehabilitasi kepada semua jururawat.
Webinar yang bermula jam 8.10 pagi menampilkan 3 penceramah yang terdiri dari jururawat-jururawat rehabilitasi telah membincangkan topik berkaitan Spinal Cord Injury oleh Nik Mohd Rayyan Nik Rosli, Autonomic Dysreflexia oleh Wan Mohd Rawandy Wan Razali dan Ranchos Los Amigos oleh Mohd Khairulanam Zailani. Program berakhir jam 4.30 petang.