Seminar Kecederaan Sukan dan Kejohanan Bola Tampar Fisioterapi 2024 sempena World Physiotherapy Day 2024
05 - 06 OKTOBER 2024
Alhamdulillah, dengan penuh rasa bangga dan syukur, Seminar Kecederaan Sukan dan Kejohanan Bola Tampar Fisioterapi 2024 sempena World Physiotherapy Day 2024 yang julung kalinya dianjurkan oleh Unit Perubatan Pemulihan HPUSM telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang pada 5-6 Oktober 2024 di Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian.
Kejayaan penganjuran ini tidak hanya menonjolkan semangat kesukanan dan kecergasan fizikal, tetapi juga mengukuhkan ukhuwah di kalangan fisioterapis dari seluruh negara. Dengan 174 penyertaan, termasuk 120 atlet dari 10 pasukan (HPUSM - L&P, KKM KELANTAN - L&P, KKM PAHANG - L&P, KKM PENANG - L, PPUM - P, KKM PERAK - P dan IIUM - L), program ini membuktikan betapa kuatnya semangat dan dedikasi fisioterapis kita dalam menjaga kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.
Kejohanan Bola Tampar menyaksikan pertarungan sengit yang akhirnya dijuarai oleh Pasukan IIUM (kategori lelaki) dan Pasukan KKM Perak (kategori perempuan). Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang membawa pulang hadiah wang tunai dan gelaran juara. Tahniah juga kepada semua pasukan kerana berjaya mencapai matlamat penganjuran.
Seminar Kecederaan Sukan yang diadakan turut memberi peluang kepada para fisioterapis untuk memperkasa ilmu dan kemahiran dalam bidang kecederaan sukan, manakala Majlis Makan Malam Physio Night yang juga menjadi majlis penyampaian hadiah kejohanan bola tampar dan majlis sanjung budi kepada mantan ketua Unit Perubatan Pemulihan (merupakan “pioneer” Unit) berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Presiden Malaysian Physiotherapy Association, Ketua Profesion Fisioterapi Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Profesion Fisioterapi Kementerian Kesihatan Kelantan, penceramah seminar dan Mantan Ketua Unit.
Kami amat bersyukur atas sokongan dan komitmen semua pihak yang menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua peserta, penganjur dan semua penaja. Ini adalah bukti bersama, kita boleh mengangkat nama profesion fisioterapi ke tahap yang lebih tinggi!