Sesi Perkongsian Ilmu Dari Pegawai Perubatan dan Fisioterapis Kursus ECORW 2024
Pada hari Khamis 19 September 2024, satu sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan Jurupulih Anggota berkenaan Kursus East Coast Orthopedic Rehabilitation Workshop: Hand Injury Rehabilitation 2024 yang diadakan baru-baru ini.
Program ini anjuran Biro Latihan Unit Perubatan Pemulihan bertempat di Gimnasium Fisioterapi Induk, Hospital USM pada jam 2 petang hingga 3.40 petang.