Skip to main content

Kursus Peningkatan Kemahiran Sebagai Penjaga (Caregivers) Siri 8/2024 Di Kota Bharu, Kelantan

Kursus Peningkatan Kemahiran Sebagai Penjaga (Caregivers) Siri 8/2024 telah dilaksanakan pada 9 hingga 13 September 2024 dengan penyertaan seramai 24 orang penjaga daripada pelbagai Institusi kebajikan JKM yang memberi jagaan kepada kumpulan sasar iaitu warga emas dan pesakit terlantar. Kursus ini menampilkan penceramah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Pemulihan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Objektif kursus ini adalah untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penjagaan kepada kumpulan sasar. Justeru itu, diharap melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kursus ini dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta sebagai penjaga. Secara tidak langsung juga, ia dapat menyediakan sistem sokongan sosial yang positif dalam keluarga dan masyarakat.

May be an image of 5 people and hospital

May be an image of 3 people, acupuncture and hospital

May be an image of 7 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of 7 people, people studying and table

May be an image of 9 people