Skip to main content

Sesi Penilaian & Rundingan Terapi Cara Kerja untuk Murid PPKI

Pada 15 Julai 2024, telah berlangsung siri kedua Sesi Penilaian dan Rundingan Terapi Cara Kerja untuk murid PPKI di Sek Kebangsaan Kubang Kerian 1. Program ini telah dihadiri oleh semua Jurupulih Perubatan Cara Kerja dalam bidang pediatrik Hospital USM dan sesi rundingan ini melibatkan 60 murid PPKI di sekolah tersebut.