Skip to main content

Gotong-Royong Perdana & Pengumpulan Sisa Kitar Semula di Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi

Pada 22 Mei 2025, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi telah berjaya menganjurkan Gotong-Royong Perdana yang turut disertai dengan aktiviti pengumpulan sisa barangan kitar semula. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga jabatan dan para pelajar.

Hasil daripada kerjasama semua pihak, sebanyak 616.42 kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan! Ini merupakan satu pencapaian membanggakan dalam usaha kita menyokong kelestarian alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tenaga dan barangan yang telah diberikan oleh seluruh warga Mikrobiologi. Semoga semangat ini terus dikekalkan dalam menjayakan inisiatif hijau jabatan.

 

                             gotong royong perdana    Recycle program May 2025

 

gotongperdana7 

gotongperdana4

gotongperdana6