PREFACE FROM LAB DIRECTOR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman sesawang Makmal Endokrin
Makmal Endokrin merupakan salah satu makmal di Jabatan Patologi Kimia. Makmal Endokrin di Hospital Pakar USM menawarkan perkhidmatan endokrin yang lebih komprehensif, berkualiti, cekap, tepat dan selamat. Selain itu, Makmal Endokrin juga sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan ke arah penampilan sebagai pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan endokrin
Pasukan profesional makmal kami yang terdiri daripada kumpulan Pakar Patologi, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan staf sokongan yang sentiasa berdedikasi memastikan Makmal Endokrin sentiasa komited dalam memberi perkhidmatan analisis yang berkualiti, tepat dan cepat selaras dengan keperluan dan kehendak pelanggan.
Kami sentiasa menghargai pelanggan kami dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang berterusan. Kami menjemput anda untuk meneroka laman sesawang ini untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi kami di talian tertera. (09-7674031/4032)
Sekian, Terima Kasih.
Dr. Wan Norlina Wan Azman
Pengarah Makmal Patologi Kimia/ Endokrin/CDL
Hospital Pakar USM.
Weblinks
OPERATION HOUR
Monday - Wednesday |
8.10am - 5.10pm |
Thusday |
8.10am – 3.40pm |
Friday – Saturday |
CLOSED |