Skip to main content

PENGENALAN UNIT PERUBATAN PEMULIHAN

PERANAN UNIT

Memberi perkhidmatan diagnostik dan teraputik kepada pesakit, menyediakan peralatan anggota palsu dan alat bantuan pemulihan serta memberi perkhidmatan pembelajaran kepada staf, pesakit, pelajar, pelatih-pelatih dan masyarakat.

OBJEKTIF SERVIS UNIT PERUBATAN PEMULIHAN

  1. Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Pemulihan yang komprehensif dan merangkumi semua aspek pemulihan fungsi dan struktur badan, aktiviti harian, masalah menyertai masyarakat (social integration), dan masalah adaptasi faktor persendirian dan persekitaran kepada pesakit kelainan upaya (OKU).
  2. Menyediakan servis pesakit dalam dan pesakit luar bagi pesakit yang memerlukan rehabilitasi.
  3. Memperkenalkan pendekatan “patient-centered rehabilitation” dan pesakit terlibat dalam proses pemulihan mereka.
  4. Pendidikan dan kesedaran kepada pesakit, keluarga pesakit dan warga kesihatan tentang perubatan pemulihan melalui pendidikan berterusan dan media.
  5. Pembangunan modal insan bagi staf Unit Perubatan Pemulihan.
  6. Memperkembangkan perkhidmatan ke seluruh Negeri Kelantan dan menjadi tempat rujukan serantau untuk perubatan pemulihan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan Pesakit Luar akan mendapat rawatan pemulihan dalam tempoh 15 minit selepas folder perawatan diterima.
  2. Semua kes Pesakit Dalam yang dirujuk akan diberi rawatan pemulihan pada hari bekerja berikutnya.