Skip to main content

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN

  • DSC 5555

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Perubatan

Kubang Kerian, 16 – 18 Ogos 2026 — Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan panel penilai bagi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh melibatkan empat program Sarjana Perubatan.

Program yang terlibat ialah Sarjana Perubatan (Psikiatri) (MQA/FA 19142), Sarjana Perubatan (Pediatrik) (MQA/FA 19140), Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) (MQA/FA 19141) dan Sarjana Perubatan (Perubatan Penyakit Dalam) (MQA/FA 19145).

Lawatan penilaian yang berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 16 hingga 18 Ogos 2026, merupakan satu proses penting dalam memastikan pelaksanaan program pengajian sentiasa memenuhi standard serta kriteria yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Penilaian ini turut menjadi platform bagi menilai keberkesanan tadbir urus, pengurusan akademik, proses pengajaran dan pembelajaran, kemudahan serta sumber sokongan yang disediakan kepada pelajar.

Sepanjang lawatan, panel penilai berpeluang meneliti pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan program, termasuk dokumentasi akademik, struktur dan kandungan kurikulum, kaedah penilaian, pengurusan pelajar, tenaga pengajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta aspek penyelidikan dan pembangunan profesional.

Sesi perbincangan dan temu bual bersama pihak pusat pengajian, staf akademik, staf sokongan serta pelajar turut diadakan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai pelaksanaan dan kualiti program yang ditawarkan.

Lawatan penilaian ini mencerminkan komitmen PPSP dan USM dalam memastikan program Sarjana Perubatan yang ditawarkan sentiasa berkualiti, relevan dan memenuhi keperluan pendidikan serta perkhidmatan kesihatan semasa. Ia juga menjadi salah satu usaha berterusan USM dalam memperkukuh budaya penambahbaikan kualiti dan kecemerlangan akademik.

Pihak PPSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel penilai, pihak pengurusan USM, staf akademik dan sokongan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang berlangsungnya lawatan penilaian akreditasi penuh ini.

PPSP, USM terus komited dalam memperkukuh kecemerlangan pendidikan perubatan dan melahirkan graduan yang kompeten, profesional serta berkualiti tinggi.

Read more …LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN

Anugerah Akademik Negara ke-16 bagi Kategori Penerbitan Buku 24/10/2025

Anugerah Akademik Negara ke-16 bagi Kategori Penerbitan Buku 2025

Anugerah Akademik Negara merupakan satu wadah bagi mengiktiraf dan menyanjungi ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang. Ia adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia berdasarkan bidang (i) pengajaran, pemindahan dan pengembangan ilmu, (ii) penemuan ilmu, dan (iii) penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif.

Tahniah Prof. Datin Dr. Norhayati Binti Mohd Noor

Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-16. Kategori Anugerah Penerbitan Buku.
24 Oktober 2025


Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor.
Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.

Read more …Anugerah Akademik Negara ke-16 bagi Kategori Penerbitan Buku 24/10/2025

INFAQ MASJID USM KAMPUS KESIHATAN

SUMBANGAN PEMASANGAN KARPET BAHARU DI MASJID KAMPUS KESIHATAN USM

✨Sedekah diagih, pahala diraih

Assalamualaikum wbt

📌Jawatankuasa Kemajuan Islam Kampus Kesihatan USM ingin membuka peluang kepada YBhg Dato'/ Datin/ Prof./ Prof Madya/ Dr/ Tuan/ Puan utk turut serta menyumbang ke tabung Sumbangan Karpet Masjid Kampus Kesihatan USM.

📌Dana yg di perlukan RM250,000.00

📌 Sumbangan yg disalurkan akn dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembelian dan pemasangan karpet baharu utk:

✅ Keselesaan para jemaah beribadah
✅ Keselamatan dan kesihatan para jemaah
✅ Suasana lebih kondusif

📌Sumbangan boleh disalur melalui:

Nama tabung
Sumbangan Karpet Masjid Kampus Kesihatan USM
💳 03018010183506
🏦 Bank Islam Malaysia Berhad

📌Sekiranya ada pertanyaan berkenaan sumbangan, boleh hubungi :

🕌 Pusat Islam Kampus Kesihatan USM di talian 09-7671066
@
🧕🏻Ustzh Norshazalwana Binti Mohamed Zain di talian 0139831534

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalan kecuali 3 perkara: sedekah jariah atau ilmu yg dimanfaatkan dgannya atau ank soleh yg mendoakan baginya" HR Muslim

Read more …INFAQ MASJID USM KAMPUS KESIHATAN

JOM SERTAI KAJIAN HERBA UNTUK KAWAL GULA DARAH!

*🌿 JOM SERTAI KAJIAN HERBA UNTUK KAWAL GULA DARAH! 🌿*

Anda atau ahli keluarga mempunyai pra-diabetes dan kini dalam kawalan pemakanan (diet control) — belum mula ambil ubat kencing manis?
Kini sedang dijalankan kajian klinikal herba pertama di Malaysia bagi membantu mengawal paras gula darah secara semula jadi!

📍 Lokasi: Clinical Trial Unit (CTU), Hospital USM (HUSM)
⏰ Tempoh kajian: 2 bulan sahaja
💊 Produk kajian: SynacinnTM (rumusan herba tempatan)

Kajian ini dijalankan oleh pasukan penyelidik perubatan berpengalaman bagi menilai keberkesanan dan keselamatan produk herba tempatan untuk membantu pengawalan gula darah.

SynacinnTM adalah merangkumi ekstrak
1) Daun salam
2) Hempedu bumi
3) Temulawak
4) Kayu manis
5) Misai Kucing

💪 Penyertaan anda amat bermakna dalam memajukan penyelidikan herba Malaysia! 🇲🇾

* Saguhati akan diberikan kepada peserta yang memenuhi kriteria kelayakan dan melengkapkan penyertaan dalam kajian ini.

📞 Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran:
*Prof. Dr. Rosediani Muhamad – 011-4037 6838*
*Prof. Madya Dr. Siti Suhaila Mohd Yusoff – 013-933 0044*
*Ms. Siau Siau Lee – 019-846 3955*

*✨ Sama-sama kita sokong penyelidikan herba tempatan demi kesihatan yang lebih baik! 🌱*

Read more …JOM SERTAI KAJIAN HERBA UNTUK KAWAL GULA DARAH!