𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐂𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

Unit Sains Rekonstruktif dan Unit Rawatan Kebakaran telah menyertai pameran sempena Majlis Perutusan Naib Canselor 2025 di Kampus Kesihatan USM pada 20 Februari 2025 bertempat di Dewan Utama dengan tema 'Kecemerlangan Berteraskan Impak'.
Dalam pameran ini, kami berpeluang memperkenalkan Klinik Regeneratif yang menawarkan rawatan Microneedling dan PRP (Platelet Rich Plasma) untuk rawatan dan pemulihan kulit, selain rawatan laser yang sedia ada. Kami juga berkongsi perkembangan terkini Unit Rawatan Kebakaran di HPUSM, termasuk kepakaran dalam rawatan surgeri untuk pesakit luka terbakar.
Selain memperkenalkan Burn Mobile App, aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang dilancarkan untuk memudahkan pengurusan rawatan dan penjagaan luka terbakar. Produk-produk Anif turut dijual sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai rawatan luka terbakar dan melecur.
Pameran ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengunjung kerana berpeluang untuk lebih memahami perkhidmatan terkini yang ditawarkan di Unit Sains Rekonstruktif dan Unit Rawatan Kebakaran.