Skop Pertandingan
- Pertandingan adalah terbuka kepada semua jabatan atau unit yang terlibat dengan PDP dan penyelidikan.
- Projek yang dipilih adalah berdasarkan masalah berkaitan PDP dan penyelidikan yang wujud di jabatan dan boleh
- Sekiranya dirasakan perlu, jabatan boleh memilih projek/ mengambil contoh berdasarkan projek-projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), LEAN, atau 5S/EKSA.
- Projek dilaksanakan mestilah dapat diselesaikan sebelum atau pada 15 Mac 2022.
Syarat Pertandingan
- Pertandingan adalah terbuka kepada semua jabatan/unit PPSP (staff dan pelajar). Setiap jabatan amat DIGALAKKAN untuk menyertai pertandingan ini
- Setiap jabatan/unit hanya boleh menghantar satu
- Jabatan perlu mengemukakan kertas cadangan dengan mengisi borang yang disediakan (kumpulan, tajuk projek, cara penyelesaian, impak dan lain-lain) sebelum 30 Januari 2021
- Projek mestilah berkaitan aktiviti Pembelajaran & Pengajaran dan Pengurusan Penyelidikan
- Projek yang telah memenangi mana-mana pertandingan kualiti/inovasi tidak layak bertanding. Bagaimanapun, projek yang pernah menyertai tetapi tidak memenangi sebarang pertandingan kualiti/inovasi masih layak untuk menyertai pertandingan dengan syarat perlu ada penambahbaikan ke atas projek
- Projek yang berkaitan dengan perkhidmatan klinikal juga tidak layak menyertai pertandingan KECUALI melibatkan pengajaran dan pembelajaran/penyelidikan.
- Kos projek ditanggung oleh jabatan masing-masing.
Kriteria Penilaian
Kriteria yang akan dinilai dalam pertandingan ini adalah seperti berikut:
- PENGENALAN PROJEK (10%). Perlu menyatakan tajuk, latar belakang, objektif, pernyataan masalah/analisis dan rasional pemilihan projek dengan jelas.
- PROSES PELAKSANAAN PROJEK (10%). Perlu melibatkan pembentukan jawatakuasa pelaksana, jalinan kerjasama/kolaborasi, proses kerja/struktur projek (carta alir, SOP, carta perbatuan, etc), dokumentasi/rekod yang berkaitan dengan projek.
- PENILAIAN PROJEK (80%). Dua komponen penting yang akan dinilai untuk keseluruhan projek adalah:
- Kreativiti dan Inovasi (40%). Ini termasuklah keaslian idea, kelestarian projek, berfokus kepada objektif, pendekatan yang kreatif, kebolehupayaan projek diadaptasi di jabatan lain, relevan dengan keperluan semasa, inovasi yang menarik perhatian, kos yang berpatutan dan mesra pengguna / mesra alam.
- Impak inovasi (40%). Ini termasuklah impak kepada komuniti dalam jabatan, berpotensi untuk penjanaan kewangan, tahap visibility projek (Universiti, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa), maklum balas pelanggan, analisa keberkesanan projek (sebelum dan selepas)- penjimatan kos, masa, produktiviti, prestasi dan lain-lain.