'𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆' 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐏𝐒𝐏

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi; Dekan dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) atas penganjuran Walkabout Meeting di Unit Sains Rekonstruktif pada 10 Mac 2025 yang penuh bermakna ini.
Walkabout Meeting ini telah memberi ruang kepada kami untuk perbincangan yang konstruktif dalam suasana santai serta membuka peluang kepada kami untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi jabatan.
Terima kasih sekali lagi kepada Dekan dan Timbalan Dekan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kepimpinan yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami semua. Semoga usaha ini akan terus memberi impak positif kepada Unit Sains Rekonstuktif serta komuniti PPSP keseluruhannya.