- Hits: 0
berita-tahniah-graduan-usm-dari-jabatan-hematologi-2022
23-05-2022 Hits:0 Berita Zakwan

23 Mei 2022. Jabatan Hematologi mengucapkan tahniah kepada semua graduan USM yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dari Jabatan Hematologi pada tahun 2022. Pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia ke 59 yang diadakan sepanjang minggu ini, seramai dua orang graduan sarjana (Master of Science, Molecular Biology) dari Jabatan Hematologi telah berjaya bergelar graduan. Mereka adalah Chia Yuh Cai dan Nur Suraya Che Yaacob, masing-masing yang merupakan pelajar dibawah seliaan penyelia utama Dr. Marini Ramli dan Profesor Dr. Rosline Hassan. Majlis Konvokesyen yang diadakan pada tahun ini adalah sangat istimewa kerana diadakan selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara selama dua tahun lalu. Ini menjadikan majlis konvokesyen tersebut lebih meriah dan bermakna. Tahniah sekali lagi kepada Graduan USM H.E.B.A.T dan semoga terus maju jaya.
Gambar atas: Chia Yuh Cai (kanan) bersama Profesor Madya Dr. Muhammad Farid Johan (kiri) (Kredit: Profesor Madya Dr. Muhammad Farid Johan)
Gambar atas: Nur Suraya Che Yaacob (kanan) bersama Profesor Madya Dr. Muhammad Farid Johan (Kredit Gambar: Profesor Madya Dr. Muhammad Farid Johan)
Gambar atas: pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen USM ke 59 2022. (Kredit Gambar: Mdm Ang Cheng Yong)
Read more
pemenang-pertandingan-video-pendek-sambutan-hari-keselamatan-pesakit-sedunia
28-09-2021 Hits:0 Berita Zakwan

28 Sep 2021. Hospital Universiti Sains Malaysia telah berjaya menganjurkan satu sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2021 peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia. Sambutan tersebut telah diisi dengan satu pertandingan video pendek sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia. Pertandingan video tersebut terbuka kepada semua pelajar dan staf USM Kampus Kesihatan, setiap penyertaan video hendaklah bertemakan penjagaan ibu dan bayi yang selamat. Jabatan Hematologi melalui Unit Perubatan Transfusi telah menghantar penyertaan pertandingan video pendek tersebut yang diwakili oleh Pn. Faizatul Syima Abdul Manaf Pegawai Sains Unit Perubatan Transfusi.
Tanpa dijangkakan, video pendek yang dihasilkan oleh team Pn. Syima tersebut telah terpilih dan berjaya memenangi pertandingan video pendek Hari Keselamatan Pesakit Sedunia peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia, disamping dua lagi video pendek yang disertai oleh wakil Dr. Tan Beng Geok dan Pn. Norwahidah Wahi. Video pendek penyertaan Pn. Syima adalah berkisarkan kepada keselamatan pesakit sesuai dengan tema pertandingan dan perkhidmatan Unit Perubatan Transfusi. Perkhidmatan Unit Perubatan Transfusi adalah pembekalan darah kepada pesakit untuk menyelamatkan pesakit. Darah yang dibekalkan oleh Unit Perubatan Transfusi adalah dari sumbangan para penderma darah yang sukarela di Unit Perubatan Transfusi. Jabatan Hematologi merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pn. Syima dan pasukannya di atas kejayaan yang membanggakan tersebut. Semoga terus maju jaya.
Tonton video pendek tersebut di YT: https://www.youtube.com/watch?v=2DQnrw_fU7Q
Tonton video pendek tersebut di FB: https://m.facebook.com/groups/252962667295/permalink/10159307665307296/
Read more
program-komuniti-jabatan-hematologi-penyediaan-alat-lindung-diri-ald-gown
28-09-2021 Hits:0 Berita Zakwan

Pada 31 Mac 2020, Jabatan Hematologi telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat iaitu penyediaan alat lindung diri (ALD) gown makmal. Berikutan penularan wabak COVID-19 yang merebak dengan cepat dan ganas, kes-kes berkait COVID-19 semakin meningkat di Hospital Universiti Sains Malaysia. Penggunaan ALD dikalangan staf dan petugas barisan hadapan meningkat dengan mendadak dan menimbulkan masalah kekurangan stok dan permontaan yang tinggi. Sehubungan itu, Jabatan Hematologi mengambil inisatif untuk membantu komuniti dalam menghadapi masalah tersebut dengan membantu menyediakan ALD untuk kegunaan staf Makmal Hematologi, Unit Perubatan Transfusi dan juga makmal-makmal lain yang turut terkesan dengan masalah tersebut.
Gambar 1: AJK projek komuniti bergambar sebelum penyediaan gown ALD.
Gambar 2: AJK projek komuniti dan Ketua Jabatan Hematologi sedang menyiapkan gown ALD.
Gambar 3: Gown ALD yang telah siap disediakan.
Objektif pertama projek komuniti Jabatan Hematologi ini adalah untuk menyediakan gown ALD untuk kegunaan komuniti iaitu petugas barisan hadapan, staf makmal-makmal di Kampus Kesihatan USM yang terlibat dan terkesan dengan wabak COVID-19. Objektif kedua projek ini adalah dengan adanya ALD gown tersebut yang mencukupi, staf dan petugas barisan hadapan dapat memastikan peratusan sifar jangkitan atau penularan wabak COVID-19 dikalangan mereka semasa menjalankan tugas. Objektif terakhir projek ini adalah untuk memberikan keyakinan dan menjalin semangat kerjasama dalam sama-sama menghadapi cabaran wabak COVID-19 dengan gerak kerja yang harmoni dan komited.
Gambar 4: Sumbangan ALD gown sedang diserahkan kepada wakil makmal yang terjejas.
Gambar 5: Sumbangan ALD gown sedang diserahkan kepada wakil makmal yang terjejas.
Read more
anugerah-sanggar-sanjung-2019-kategori-penerbitan-jurnal-2
15-09-2021 Hits:0 Berita Zakwan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Sanggar Sanjung 2019 dalam Kategori Penerbitan Jurnal.
Tahniah dan syabas diucapkan daripada seluruh warga Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Jabatan Hematologi kepada Profesor Madya Dr. Muhammaf Farid Johan.
Read more
update-on-thalassemia-hemoglobinopathy-diagnosis-2021
27-04-2021 Hits:0 Berita Zakwan

Webinar Update on Thalassaemia / Haemoglobinopathy Diagnosis and Research 2021
29-30 August 2021, 23-24 August 2021.
Organized by: Haematology Department, School of Medical Sciences, Health Campus, Universiti Sains Malaysia and collaboration with Utas Maju Sdn. Bhd. the principle provider of Sebia, Capillary Electrophoresis.
Introduction
It is our pleasure to annouce that 'Update on Thalassaemia/Haemoglobinopathy Diagnosis 2021' will be held on 29 - 30 23-24 August 2021.
This course is organized by Haematology Department and collaboration with Utas Maju Sdn. Bhd. as part of efforts to educate healthcare professionals and update the knowlegde in the laboratory and clinical aspect of thalassemia and hemoglobinopathy.
Objectives
- To provide knowledge in the laboratory and clinial aspect of thalassaemia and haemoglobinopathy.
- To provide opportunity for exchanging information/research related to the diagnosis of thalassaemia and haemoglobinopathy.
- To update on diagnostic approach for thalassaemia and haemoglobinopathy.
Target Participants
Universiti Sains Malaysia (USM) and Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) staff including Haematologist, Master in Pathology (MPath) students, Medical Officers, Scientific Officer, Medical Laboratory Technologist and Researchers.
Registration
Registration fee: RM150
Program Tentative
Organizing Committee
Advisor: Assoc. Prof. Dr. Noor Haslina Mohd Noor
Chairperson: Assoc. Prof. Dr. Rosnah Bahar
Committee Members: Dr. Shafini Mohamed Yusoff, Dr. Zefarina Zulkafli, Dr. Marne Abdullah, Mdm. Ang Cheng Yong, Mr. Ahmad Zakwan Mustafa, Mr. Nor Khairul Putra Mohd Madi, Mdm. Suryati Abdullah, Mdm. Siti Wan Fatira Wan Ramli.
Read moreberita-graduan-usm-jabatan-hematologi-2019
26-09-2019 Hits:194 Berita Zakwan
Berita: Tahniah Graduan USM dari Jabatan Hematologi 2019
25 September 2019
Jabatan Hematologi mengucapkan tahniah kepada semua graduan USM yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dari Jabatan Hematologi pada tahun 2019. Graduan tersebut adalah 4 orang pelajar Master in Pathology (Hematology), 3 orang pelajar Master in Science, dan 2 orang pelajar PhD. Majlis Konvokesyen yang diadakan pada tahun ini adalah sangat istimewa kerana diadakan dalam sambutan 50 tahun USM yang menjadikan majlis konvokesyen tersebut lebih meriah dan bermakna. USM menyambut ulangtahun ke 50 pada tahun 2019 untuk menghayati dan meraikan pencapaian sepanjang tempoh 50 tahun penubuhannya sejak 1969. Tahniah sekali lagi kepada Graduan USM H.E.B.A.T dan semoga terus maju jaya.
Read moreberita-hari-keluarga-sukaneka-jabatan-hematologi-makmal-hematologi-2020
26-09-2019 Hits:159 Berita Zakwan
Berita: Hari Keluarga & Sukaneka Jabatan Hematologi 2020
20 Januari 2020
Jabatan Hematologi dan makmal telah menganjurkan Hari Keluarga & Sukaneka pada 17 & 18 Januari 2020. Hari Keluarga tersebut diadakan di Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai hampir 40 keluarga kakitangan Jabatan Hematologi dan makmal telah menyertai perjumpaan tersebut untuk mengeratkan lagi silaturrahim, bersukaria bersama rakan sekerja serta berkenalan dengan ahli keluarga.
Read more