PROGRAM KOMUNITI ORANG ASLI SK PASIR LINGGI, GUA MUSANG
GUA MUSANG: Satu program kemasyarakatan melibatkan Komuniti Orang Asli Suku Batek telah dijalankan di SK Pasir Linggi, Gua Musang. Program yang diketuai oleh Dr. Tuan Noorkorina Tuan Kub, selaku Pensyarah Kanan Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan telah berlangsung selama dua hari bermula 10 Mac 2024 sehingga 11 Mac 2024.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital USM dengan menggunakan Modul 'No Germs on Me for Aboriginal Kids'. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran kebersihan cucian tangan dalam kalangan murid orang asli suku Batek supaya menjadikan cucian tangan dengan betul sebagai amalan harian dan mencegah penyakit berjangkit dalam kalangan mereka.

Dengan modul ini diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah bersifat lebih sesuai dan boleh dipraktikkan serta dapat dijadikan amalan yang berterusan. Modul ini dilengkapi dengan maklumat bergambar mengenai kehidupan dalam persekitaran hutan supaya lebih dekat dengan jiwa kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, nota yang dibekalkan berbentuk 'handbook', berilustrasi dan menggunakan bahasa suku Batek serta tidak terlalu sukar untuk difahami dan diingati.

Sumber Laporan dan Foto: Dr. Tuan Noorkorina Tuan Kub
Pengarang: Encik Muhammad Nashrul Farhan Samsudin