𝐔𝐒𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐂𝐔𝐑 𝐀𝐊𝐔𝐓
Sebagai usaha memperkenalkan penggunaan aplikasi mudah alih dalam meningkatkan ketepatan, kelajuan dan kecekapan dalam pengurusan kecederaan melecur akut, Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Seminar Latihan Aplikasi Mudah Alih untuk Pengurusan Kecederaan Melecur di Auditorium Jabatan Perubatan Kecemasan, semalam.
Projek aplikasi mudah alih ini diketuai oleh Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar, Penyelaras USR dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (PPKT) USM.
Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuhkan penggunaan teknologi dalam bidang perubatan, khususnya dalam meningkatkan kualiti rawatan kecemasan bagi pesakit yang mengalami kecederaan melecur. Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat mempercepatkan proses diagnosis dan rawatan, sekaligus mengurangkan kesilapan dan meningkatkan hasil rawatan bagi pesakit.
Baca selanjutnya menerusi laman sesawang Kampus Kesihatan USM.