
Kubang Kerian, Kelantan, 23 Jun 2025 - Bahagian Libatsama Komuniti dan Pembangunan (LIKP) telah menganjurkan seminar atas talian bertajuk :Webinar Tips On BJIM Grant Application” yang berjaya mendapatkan hampir 100 orang peserta menyertai sesi taklimat tersebut, sekali gus menyuntik semangat kepada para pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dalam usaha mereka untuk menyediakan permohonan geran BJIM.
Webinar ini telah memberikan panduan praktikal daripada pakar, strategi kejayaan serta perkongsian secara langsung daripada penerima geran berpengalaman, yang amat bermanfaat dan membuka minda para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Bin Ishak, Pengarah Pejabat Jaringan Komuniti USM, atas perkongsian beliau yang bernilai. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Anisa Ahmad dan Dr. Tuan Noorkorina Tuan Kub atas sesi perkongsian yang penuh inspirasi.