Skip to main content

KEMPEN KKP PPSP BULAN MEI 2026: KESELAMATAN ELEKTRIK DI TEMPAT KERJA

KEMPEN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

KESELAMATAN ELEKTRIK DI TEMPAT KERJA

⚡ Utamakan Keselamatan, Cegah Kemalangan

PERINGATAN KESELAMATAN

🔵Serahkan kunci pendua kepada Jabatan Keselamatan.

🔵Lantik dan paparkan nama PIC & No. Telefon di pintu pejabat/makmal.

🔵Kenalpasti lokasi:

    Suis utama elektrik.

    Pili/punca air.

    Alat pemadam api.

    Laluan kecemasan & tempat berkumpul.

AMALAN SELAMAT

✔ Jangan guna soket berlebihan (overload).

✔ Pastikan kabel elektrik tersusun & tidak rosak.

✔ Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan basah.

✔ Pastikan akses kepada suis tidak dihalang.

✔ Tutup suis & cabut plug selepas digunakan.

✔ Laporkan segera jika ada bau hangit, percikan api atau kerosakan elektrik.

JIKA BERLAKU KECEMASAN

🔥 Asap / Kebakaran

    Putuskan bekalan elektrik jika selamat.

    Gunakan alat pemadam api yang sesuai.

    Jangan guna air untuk kebakaran elektrik.

    Hubungi Jabatan Keselamatan/Bomba.

    Segera ke tempat berkumpul.

💧 Banjir / Limpahan Air

    Pakai boot keselamatan jenis getah dan kering semasa melalui kawasan basah.

    Tutup punca air segera.

    Jauhkan peralatan elektrik dari kawasan basah.

    Elakkan sentuh suis elektrik berhampiran air.

    Hubungi pihak penyelenggaraan.

⚠️ Renjatan Elektrik

    Jangan sentuh mangsa secara langsung.

    Matikan bekalan elektrik utama.

    Hubungi bantuan kecemasan segera.

“KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Kempen Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ini dibawakan oleh JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN PPSP.